WTF
Jururawat ‘Sado’ Kini Susut Mendadak, Berjuang Kuatkan Paru2 Akibat Covid-19

Siapa sangka dahulunya memiliki badan berotot nampak penuh gagah, kini dia mengalami susut badan mendadak malah kelihatan perbezaan yang sangat ketara.
Itu kenyataan perlu dihadapi seorang jururawat yang dikenali sebagai Mike apabila disahkan positif Covid-19 sebelum menjalani rawatan selama lapan minggu di New England Sinai Hospital di Amerika Syarikat.
Menerusi laman Instagram miliknya, jururawat yang bertugas di California Pacific Medical Center, San Francisco itu memuat naik gambar perbandingan selepas enam minggu menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Saya ingin menunjukkan kepada semua orang betapa teruknya kesan selama enam minggu di ventilator atau intubasi. Antara lain, Covid-19 mengurangkan kekuatan paru-paru saya disebabkan radang paru-paru,” katanya.
Menurut Mike sepanjang rawatan tersebut, beliau berjuang melawan wabak pandemik itu demi untuk meningkatkan keupayaan paru-paru agar boleh bernafas dengan sebaiknya.
Beliau yang sudah dibenarkan pulang ke rumah beberapa hari lalu turut merancang bagi mendapatkan kembali bentuk badan yang sihat sebelum ini dengan melakukan senaman senaman kardio.
Gambar terbaru
Sumber : Instagram

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit