Connect with us

WTF

Jiwa Kacau Lepas Tuntut Ilmu Hitam, Lelaki Bunuh Isteri & Anak Sebelum Serang Jemaah Masjid

Seorang lelaki di Indonesia ditahan atas dakwaan mengelar bayi dan menetak kepala isterinya dalam kejadian yang berlaku di Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan Timur hari ini.

Difahamkan lagi, setelah melakukan perbuatan kejam itu dia kemudiannya mengamuk di masjid yang berada tidak jauh dari rumahnya dan menyerang para jemaah yang hendak beribadah.

Lepas bunuh anak & isteri, serang jemaah masjid pula

Dia juga dilaporkan telah bertindak ganas dan menyerang imam masjid sehingga menyebabkan luka pada bahagian telinga dan tangan mangsa.

Pada awalnya, para jemaah hanya menganggap lelaki itu mengamuk sebelum mengetahui bahawa lelaki itu telah membunuh isteri dan anaknya di rumah.

Mereka hanya mengetahui kejadian berdarah itu di saat ingin memberitahu perbuatannya kepada si isteri yang berada di rumah.

Namun alangkah terkejutnya mereka apabila setibanya di rumah lelaki itu, penduduk tempatan menemui jasad kaku isteri dan anaknya dalam keadaan berlumuran darah.

Isterinya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala anaknya yang berada dalam pelukan si ibu dikelar lehernya.

Sakit jiwa lepas menuntut ilmu hitam

Sehubungan itu, penduduk segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Berdasarkan siasatan, suspek didakwa mengalami sakit jiwa sejak menuntut ilmu hitam.

Bukan itu sahaja, suspek juga didapati cuba untuk memubunh diri dengan cara mencederakan diri sendiri apabila ditemui kesan luka di bahagan leher dan telinganya.

Sumber: Indozone

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending