Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dakwaan Culas Bayar Gaji Pekerja? Jenama Kambing Perap Terkenal Nekad Ambil Tindakan Undang-Undang

Jenama Kambing Perap

Jenama kambing perap terkenal iaitu Pak Mat Western nekad akan mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan tular di aplikasi TikTok yang mendakwa syarikat berkenaan gagal membayar gaji pekerja.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh firma guaman S. Sagthiya & Co, pihak syarikat memaklumkan bahawa kandungan video dan hantaran yang tersebar bukan sahaja mengandungi tuduhan tidak berasas, malah telah mencemarkan reputasi syarikat secara serius.

Jenama Kambing Perap Terkenal Nekad Ambil Tindakan

Menurut kenyataan tersebut, syarikat berkenaan menyambut baik sebarang aduan rasmi daripada individu yang terlibat atau berkaitan dengan isu tersebut.

Tambah kenyataan, mana-mana pihak terlibat diminta mengemukakan aduan melalui emel kepada pihak pengurusan di [email protected] untuk siasatan dalaman dan tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak syarikat bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh sekiranya terbukti berlaku sebarang kecuaian daripada mana-mana jabatan,” jelas firma guaman itu

Dalam masa yang sama, pihak syarikat telah membuat satu laporan polis terhadap penyebaran tuduhan fitnah berkenaan, dan sedang merancang untuk mengambil tindakan guaman sivil terhadap pihak-pihak yang terlibat menyebarkan maklumat tidak benar.

Artikel lain: Jenama Kambing Perap Terkenal Didakwa Tak Bayar Gaji Staf Sampai 6 Bulan?

Langkah tegas ini mencerminkan komitmen Pak Mat Western dalam melindungi imej dan integriti perniagaan mereka di mata masyarakat serta memastikan ketelusan dalam pengurusan dalaman.

Terdahulu, tular di media sosial apabila terdapat beberapa individu menyindir jenama berkenaan sebagai indah khabar dari rupa dan hanya ‘anak emas’ sahaja menerima gaji mengikut jadual ditetapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, menerusi laporan polis yang dibuat, Pak Mat Western telah membuat semakan di Jabatan Sumber Manusia dan mendapati individu tersebut sudah mendapat gaji mereka seperti biasa.

Akan tetapi terdapat empat pekerja di bahagian jualan diberhentikan tanpa notis.

“Untuk makluman, kami cuba hubungi individu pemilik akaun tersebut namun tiada maklum balas yang diberikan.
“Namun begitu, segala bukti yang ada telah kita serahkan kepada pihak berkuasa dan juga pihak peguam,”katanya.

Sumber: IG pakmatwesterncafe

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd