Connect with us

Infozon

Jangan sisihkan anak sulung kita bila sudah ada anak yang lebih kecil…

Isu anak pertama yang akan berasa cemburu dan terancam dengan adik mereka bukanlah merupakan suatu perkara yang baru. Cuma, bagi mereka yang baru sahaja menjadi pasangan ibu bapa yang buntu bagi mencari cara untuk menangani masalah ini.

Dr. Taufiq baru-baru ini ada berkongsi cara-cara yang betul bagi menangani ‘konflik’ sebegini di antara anak sulung dengan adiknya yang dialaminya sendiri. Baca perkongsian beliau di bawah:

Kalau tiba-tiba Maryam Soolihah suka marah dan pukul adiknya mesti saya check diri saya sendiri.

Biasanya Maryam Soolihah jadi camtu sebab SAYA SISIHKAN dia tanpa saya sedar!

Dia berebut mainan dengan adik dia, saya marah dia.
Dia mintak dipeluk, saya pergi dahulukan adiknya.
Dia minta dihargai, saya pergi puji adiknya.
Kadang-kadang adik dia buat perangai pun saya termarah juga si kakaknya!

Ya Allah! Saya salah!

Saya lupa yang nak jaga anak sulung ni ada tekniknya yang tersendiri. Saya terlupa anak sulung ni juga ada ego yang kalau tak dijaga dengan baik, boleh rosak dalaman dia.

Sepatutnya, bila berebut mainan saya kena jaga dulu hati anak sulung yang dah mula faham erti kecil hati, kecewa dan cemburu. Sepatutnya saya kena buat-buat suruh si adik tu mintak izin kakak. Si adik bukan faham apa pun tapi saya kena buatkan kakak tu rasa dihargai.

Sepatutnya, saya kena buatkan si kakak ni tak merasa terancam dengan kehadiran si adik. Saya kena INSTALL BELIEF SYSTEM bahawa kehadiran si adik ni membuatkan diri si kakak ni lebih dihargai kerana dia lah nanti yang akan bertindak sebagai ROLE MODEL dan PELINDUNG kepada adiknya sendiri

Sepatutnya, saya kena lebihkan menghargai dan memuji kakaknya. Hanya kakak yang penuh tangki emosinya akan mampu menyalurkan kasih sayang tu pada adiknya sendiri. Kakak yang kosong tangki emosinya akan mula cemburu dan merasakan si adiknya lah punca dan perampas kebahagiaannya!

Sumber : Dr. Taufiq Razif

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending