Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

“Insentif Diskaun PTPTN Mungkin Tidak Diteruskan” – KPT

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan insentif diskaun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin tidak diteruskan kepada peminjam.

Menurut laporan Berita Harian, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata setakat ini pihaknya sudah tidak meneruskan pemberian tersebut namun, segala keputusan akan bergantung kepada Menteri Kewangan.

Diskaun PTPTN Mungkin Tidak Diteruskan

“Setakat ini, kita sudah tidak lagi meneruskan (pemberian diskaun PTPTN) itu.
“Apa-apa pun mengenai hal itu, tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau mendedahkan perkara tersebut sama ada peminjam mendapat khabar gembira susulan pembentangan Bajet 2024 yang bakal dijadualkan pada 13 Oktober ini.

Bukan itu sahaja, Mohamed Khaled terus berhara kerajaan dapat menyokong permohonan kementerian itu untuk menerap pendigitalan dalam menjayakan, mengurus serta mentadbir ekosistem pendidikan tinggi negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: ‘Petik’ Isu Mansuh PTPTN, Rafizi Usul Dewan Rakyat Ambil Tindakan Terhadap Wan Fayhsal

“Kedua ialah penekanan kita dalam soal penyelidikan dan inovasi kerana kita percaya ini mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan ketiga ialah soal kediaman kondusif untuk pelajar,” katanya.

Bukan itu sahaja, KPT turut memberi jaminan kepada pelajar bahawa yuran pengajian tidak akan dinaikkan meskipun kos sara hidup semakin meningkat.

“Saya suka nyatakan dari segi KPT, kita tidak menyumbang kepada kenaikan kos. Kita akan pastikan yuran (pengajian) berada pada tahap yang sama. Tak ada niat untuk menaikkannya.
“Namun, soal (kos) makanan itu, semua orang pun (terkesan),” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN bermula 1 Mac hingga 31 Mei lalu pada pembentangan Bajet 2023.

Antara insentif pembayaran semula untuk peminjam ialah diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh dan diskaun 15 peratus bagi sekurang-kurangnya separuh jumlah pinjaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd