Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

‘Petik’ Isu Mansuh PTPTN, Rafizi Usul Dewan Rakyat Ambil Tindakan Terhadap Wan Fayhsal

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal berkenaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ada mengatakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dihapuskan jika mereka memerintah ketika sidang dewan rakyat siang tadi telah mencetuskan sedikit kekecohan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rafizi kata itu fitnah!

Tindakan tersebut telah mendapat respon daripada Menteri Ekonomi Malaysia, YB Rafizi Ramli apabila meminta agar Wan Fayhsal dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan fitnah terhadap PH.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Rafizi mengatakan yang Wan Ahmad Fahysal telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung pemansuhan PTPTN dalam menifesto PH sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tempoh hari.

“Mengikut peraturan 36(12), mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dewan disifatkan menghina majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan berkenaan.
“Perkara itu suatu pembohongan yang jatuh kepada Perkara 36 (12). Saya minta dewan (Dewan Rakyat) ambil tindakan,” katanya.

Susulan daripada itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor telah meminta agar Ahli Parlimen Pandan itu membuat usul berkenaan secara bertulis.

Khaled Nordin jawab soalan Wan Fayhsal

Disebabkan oleh hal tersebut, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin menerusi media sosialnya telah memuat naik kenyataan media yang menjawab persoalan Ahli Parlimen Machang itu sama ada kerajaan mempunyai iltizam politik untuk memansuhkan hutang PTPTN  seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara ringkasnya, pihak kerajaan belum bercadang untuk memansuhkan pembayaran PTPTN namun pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk meringankan beban peminjam B40.

Tegas beliau lagi, kerajaan yang terbentuk kini merupakan kerajaan perpaduan dan memutuskan untuk menerima pakai sebarang menifesto pelbagai parti yang sama atau serupa sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, tidak semua parti yang membentuk kerajaan perpaduan menawarkan perkara yang sama berkenaan PTPTN.

Sumber: Sinar Harian (Farah Shazwani Ali & Raiham Mohd Sanusi), Twitter Khaleed Nordin

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemergian sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kampung Selamat, Sungai Tong, Setiu semalam mengundang rasa sayu dalam kalangan...

Dunia

Seorang wanita menangis sewaktu menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali di hadapan umum selepas didapati bersalah berzina dengan iparnya. Tak kuat tahan sakit Video...

Lokal

Malang tidak berbau, seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal ditungganinya dipercayai gagal memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan treler. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam...

Lokal

Rezeki tak disangka, seorang pelajar perempuan Tingkatan 2 menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat...

Advertisement