Infozon
Ini Sebabnya Kita Perlu Bersegera Dalam Membayar Hutang

Cerita tentang hutang memang sering berlaku di dalam kehidupan. Berhutang atau membuat pinjaman adalah perkara yang biasa dan boleh diterima, namun yang amat menyedihkan ialah bila si peminjam terlalu liat untuk membayar hutang atau sengaja buat-buat lupa yang beliau sebenarnya berhutang.
Sikap peminjam yang tidak bertanggungjawab ini memang sangat memeningkan apatah lagi yang meminjam itu kadangkala terdiri daripada keluarga terdekat seperti adik beradik ataupun kawan rapat. Nak minta banyak kali, takut peminjam terasa hati, bila tak minta pun susah juga sebab duit tersebut memang diperlukan untuk tujuan lain. Sudahnya yangmemberi pinjam pula serba salah dan kadangkala seperti peminta sedekah kerana terpaksa meminta agar haknya itu dikembalikan.
Hukum membayar hutang
Hukum mebayar hutang adalah WAJIB. Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang atau sengaja melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya. Rasulullah SAW menjelaskan orang yang tidak membayar hutang, doanya tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Nabi SAW sendiri tidak menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati si mati masih ada hutang yang belum dijelaskan. Setelah dipastikan si mati telah menjelaskan segala hutangnya ketika hidup, barulah Nabi SAW menyolatkan jenazahnya.
Tidak membayar hutang juga boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidup bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat seperti:-
- Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
- Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
- Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
- Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
- Sesungguhnya amat rugi bagi mereka yang berhutang tetapi tidak mahu menjelaskan hutang tersebut.
- Ini kerana amalan berhutang bukan sahaja membabitkan kehidupan dunia sahaja semata-mata tetapi berpanjangan hingga ke hari akhirat.
Sabda Rasullulah saw : “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”
Sabda Rasullulah saw : “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.”(Hadis Bukhari,Tarmizi,An-Nasai dan Ibn Majah) .
Jadi pembaca semua, andai kita masih berhutang atau masih masih mempunyai hutang,sama-samalah kita berusaha untuk membayar kembali hutang tersebut. Jika tidak mampu untuk membayar sekaligus, bayarlah secara ansuran mengikut kemampuan. Sesungguhnyaitu lebih baik daripada menjadikan semua amalan kebaikan kita yang lain tidak diterima di sisi Allah. Dan sentiasalah berdoa agar usaha kita untuk membayar hutang itu sentiasa dipermudahkan oleh Allah.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit