Berita
“Ini Macam Baru Level Ikon Permotoran”- Netizen Bangga Kejayaan ‘Damok’ Di FIM World Junior GP

Usaha gigihnya selama ini akhirnya membuahkan hasil apabila pelumba SIC Racing, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai ‘Damok’ telah berjaya mengibarkan bendera Malaysia di bumi Portugal selepas meraih tempat kedua dalam acara kejuaraan FIM World Junior GP yang telah berlangsung di Autodromo Internacional do Algarve.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @ZK Racing di laman Facebooknya, Damok serta seorang lagi rakan seperjuangnya meraikan kejayaan mereka bersama dengan ahli kumpuan yang lain.
Susulan dengan kejayaannya itu, dia telah menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak terlibat yang sentiasa menjadi tulang belakang serta menyokongnya sepanjang menjalani latihan dalam dunia permotoran.
Bukan itu sahaja, dia turut berharap dapat mengekalkan prestasi yang dimilikinya dan apa yang lebih menyentuh hati, kejayaan yang dikecapinya itu bukan untuk dirinya sendiri malah demi negara tercinta.
Dalam pada itu, pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin turut meluahkan rasa gembira dengan kejayaan serta prestasi yang ditunjukkan oleh pemuda yang berusia 21 tahun itu.
Katanya, dia berharap pelumba anak kelahiran Selangor itu mampu mencipta lebih banyak lagi pencapaian dengan memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Sementara itu, tinjauan ke ruangan komen mendapati, rata-rata warganet terharu serta berbangga dengan pelumba tersebut dan meluahkan bahawa Damok adalah individu yang layak digelar sebagai ikon permotoran.
-
Buzz4 weeks lepas
Ghairah Cium Bakal Isteri, Lelaki Ini Ditampar Ketika Majlis Pertunangan
-
Semasa4 weeks lepas
Terus Masuk Ke Akaun Peribadi, Cara Pengurusan Wang Sumbangan Uncle Kentang Dipertikai
-
Buzz4 weeks lepas
Doktor Pakar Bius Kantoi Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Ketika Pembedahan Czer Berlangsung
-
Berita1 month lepas
Buang Gaya Hidup, Sedia Hadapi Kemelesetan Ekonomi, Wartawan Senior Saran Simpan RM400 Mulai Sekarang
-
Berita1 month lepas
Berlambak Dijual Di Golok, Thailand, Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya
-
Hiburan1 month lepas
Pemuda Ini Belanja Tiket Filem Mat Kilau Untuk Anak Tahfiz, Satu Panggung Penuh Dengan Kopiah Putih!
-
Hiburan1 month lepas
Nas Daily Kantoi Maki “Fu*k Israel, Kali Ini Sempat Dirakam Kamera
-
Berita4 weeks lepas
Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Akan Berlaku Jam 5.09 Petang Ini
Facebook Comments