Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hilang Kali Kedua, Remaja Perempuan Tidak Balik Rumah Sejak Selasa

Seorang remaja perempuan, Nurul Aishah Farhana Azni dilaporkan hilang oleh bapanya selepas tidak pulang ke rumah mereka di Taman Semarak, Batang Kali, Hulu Selangor sejak malam 23 Julai lalu.

Menurut satu laporan Kosmo! Online, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Asri Mohd. Yunus berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan remaja berusia 17 tahun itu kira-kira pada pukul 12.42 tengah hari semalam.

Foto: Kosmo!

“Mangsa kali terakhir dilihat di sebuah kedai makan Sakon Thai dekat Jalan Mahagoni 7/1A, Bandar Utama Batang Kali, di Hulu Selangor semalam (Selasa).
“Mangsa memakai tudung bewarna hitam, t-shirt kosong lengan panjang bewarna biru gelap dan berseluar hitam selain mengenakan sandal bewarna coklat cerah,” katanya..

Beliau juga dilaporkan berkata, pihaknya telah mendapati bahawa kehilangan remaja berkenaan merupakan kali yang kedua selepas siasatan awal dibuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Namun, pada kali pertama yang berlaku Januari lalu, mangsa dikatakan pulang ke rumah dalam tempoh 24 jam.

Foto: Facebook Polis Daerah Hulu Selangor

“Difahamkan, mangsa tidak mempunyai sebarang pertelingkahan dengan ahli keluarga,” ujarnya.

Mohd. Asri juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja tersebut segera menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Muhammad Saiful Abdul Rahman di talian 03-60641222 atau tampil ke balai polis berdekatan.

Sumber: Kosmo! Online (Harrith Hisham)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Lokal

Polis sedang mengesan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat...

Lokal

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd