Connect with us

WOW

Harga Minyak Dunia Jatuh Mendadak, Cecah Angka Negatif Setong

Sejak pagi tadi di media sosia dilihat dan diperkatakan dengan hebat mengenai kejatuhan harga minyak dunia. Hari ini dalam sejarah dilaporkan bahawa harga minyak Amerika Syarikat merudum ke tahap terendah apabila mencecah angka negatif pada hari semalam.

Penanda aras harga minyak mentah global dunia di AS, West Texas Intermediate untuk Mei ditutup pada harga -$37.63 setong bersamaan kira-kira -RM165 setong. Ini bermaksud, harga pengeluar minyak terpaksa membayar pembeli untuk mengambil bahan bakar itu daripada mereka berikutan fasiliti simpanan sudah penuh.

Kejadian disebabkan oleh kekangan permintaan rendah dalam pasaran ketika ini susulan penularan wabak Covid-19.Walaupun begitu,  Presiden AS Donald Trump berjanji akan memanfaatkan situasi itu untuk mengisi Rizab Strategik Petroleum negara itu dengan sebanyak mungkin.

“Kita akan mengisi rizab petroleum kebangsaan kita. Anda tahu, rizab strategik.” Jelas Presiden Amerika terbabit.

Beliau kemudian menjelaskan, apabila harga kembali pulih nanti, vendor terbabit boleh menjual lebihan stok minyak yang dimiliki.

Bekalan tersebut telah tersimpan di sebuah kompleks di empat tapak bawah tanah sepanjang teluk pantai Texas dan Louisiana di selatan AS, SPR itu mempunyai kapasiti penyimpanan berjumlah 727 juta tong.

Sumber: Berita Harian.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending