Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Hampir 60 Jam Main Permainan Video, Gamers Mulai Berhalusinasi

Seorang gamers mulai berhalusinasi apabila telah berada di hadapan komputer hampir 60 jam disebabkan bermain permainan video.

Cipta rekod dunia

Memetik laporan dari NDTV, lelaki dikenali sebagai Barnabas Vujity-Zsolnay telah mencipta rekod dunia apabila bermain permainan video atas talian dalam tempoh waktu tersebut.

Hampir 60 Jam main permainan video dapat Rekod Dunia Guinness

Dia yang merupakan seorang cef telah melakukan maraton terpanjang dalam bermain MMORPG apabila mencatatkan masa 59 jam dan 20 minit dalam World of Warcraft.

Menurut Rekod Dunia Guinness, World of Warcraft sama seperti MMORPG lain dengan membolehkan pemain mencipta watak dan meneroka dunia maya di mana mereka boleh melawan raksasa serta menyelesaikan pencarian dengan pemain lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hampir 60 Jam main permainan video, jam ke-30 mulai bosan

Dia juga telah menghabiskan masa dengan membersihkan ruang bawah tanah bersama rakan-rakannya serta bertempur dengan pemain lain di arena yang ditetapkan.

Ujar Barnabas, ketika di jam yang ke-30, dia mulai bosan dan sekitar jam yang ke-45, dia telah menunjukkan tanda-tanda berhalusinasi.

“Saya perasan halusinasi ringan mula terbentuk.
“Ia lucu tetapi sukar untuk menumpukan perhatian semasa penstriman langsung,” katanya.

Artikel lain: Suspek ‘Insiden Siam Paragon’ Kongsi Video Berlatih Guna Senjata Di Group WhatsApp

Menurut peraturan untuk rekod terpanjang itu, Barnabas memperoleh lima minit masa berehat selepas setiap jam bermain berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi, ketika waktu rehat tersebut, dia dibenarkan untuk makan, tidur siang dan menggunakan bilik air.

Walau bagaimanapun, lelaki itu mengakui sukar untuk mengatasi keletihan tetapi memilih untuk tidak mengambil sebarang kafein dan hanya minum air kosong sahaja.

Dia juga mengambil keputusan untuk mendermakan semua duit hasil ganjaran daripada permainan video itu kepada badan amal.

Sumber: NDTV

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Bisnes

Siapa sangka di sebalik jenama pakaian tempatan yang kini menjadi pilihan ramai, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan...

Sukan

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd