Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tindakan Pekerja Pam Minyak Dipuji, Halang Kereta Audi Plat Singapura Isi RON95

Satu video tular di media sosial memaparkan tindakan pantas seorang pekerja stesen minyak yang menghalang sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura daripada mengisi petrol RON95 bersubsidi.

Isi RM95 tapi kantoi

Rakaman yang dimuat naik di TikTok menunjukkan seorang lelaki berbaju merah jambu dipercayai sedang mengisi petrol menggunakan nozel kuning RON95 sebelum disedari oleh pekerja stesen minyak berkenaan.

Menurut individu yang berkongsi video tersebut, kenderaan jenis Audi itu didakwa menggunakan nombor pendaftaran Singapura ketika cuba mendapatkan petrol bersubsidi.

Dalam video berkenaan, pekerja stesen minyak terbabit dilihat segera mengangkat nozel RON95 bagi menghentikan proses pengisian sebaik menyedari nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, lokasi dan waktu sebenar kejadian tidak dapat dipastikan setakat ini.

Tetap plat luar negara

Tindakan pekerja berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang memuji ketegasannya dalam mematuhi peraturan berkaitan penjualan petrol bersubsidi.

Nasihat dia jual je Audi tu

Terbaik abang Petron!

Untuk rekod, semua kenderaan berpendaftaran asing termasuk kereta dan motosikal tidak dibenarkan membeli petrol RON95 bersubsidi di Malaysia.

Sebaliknya, mereka hanya dibenarkan mengisi RON97 atau diesel yang dijual pada harga pasaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa sekatan penjualan RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing serta penggunaan kad kredit dan debit asing di terminal layan diri stesen minyak telah berkuat kuasa mulai 1 April 2026.

Menurut kementerian itu, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pengusaha stesen minyak dan pemilik atau pemandu kenderaan asing yang didapati melanggar peraturan tersebut tanpa mengira kaedah pembayaran yang digunakan.

Sumber: TikTok Zachary

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sukan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel selepas muncul juara acara keirin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd