Connect with us

Detik

Gaza Dibedil Bom Bertubi2, Kanak2 Ini Hanya Mampu Baca Al-Quran Sebagai Perlindungan

Ramai tahu, pada saat ini serangan demi serangan dilakukan oleh Rejim Zionis Israel ke atas beberapa kawasan di Palestin.

Tragedi ini sememangnya memberi satu tamparan hebat buat umat Islam di seluruh dunia yang sedang gembira menyambut perayaan Aidilfitri, termasuklah di Malaysia.

Baru-baru ini, tular lagi sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan sedang membaca al-Quran di rumahnya saat Gaza dibedil bom.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai @JatIkhwan menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Berlindung dengan ayat-ayat al-Quran

Difahamkan, surah yang dibaca oleh kanak-kanak itu adalah Surah ar-Ra’d (Petir) bermula dari ayat 15-16. Ayat itu menyebut tentang kekuasaan Allah sebagai pentadbir dan tempat berlindung.

Terjemahan Surah ar-Ra’d

Selamatkanlah saudara2 kami di Palestin

Menjengah ke ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak saat melihat keadaan kanak-kanak berkenaan.

Mana tidaknya, mereka dilihat berada dalam ketakutan dan hanya mampu membaca ayat al-Quran sebagai perlindungan dari bedilan bom tentera zionis Israel.

Sedangkan di negara kita, anak-anak kita sedang bergembira menyambut ketibaan Syawal dengan pemberian duit raya, bermain bunga api dan sebagainya.

Lindungilah mereka

Meremang tengok video ni

Semoga kemenangan berpihak kepada Palestin. Amin.

Sumber: Twitter @JatIkhwan

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending