Connect with us

WTF

Gara2 Tak Capai KPI, Majikan Seksa Pekerja Makan Peria Bersama Telur Mentah

Setiap syarikat pasti mempunyai sasaran masing-masing melalui sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI). KPI merupakan satu sistem yang bertujuan untuk mengukur tahap kemajuan pekerjaan dan perkhidmatan yang ingin disampaikan di tempat kerja.

Namun begitu, sangat mengecewakan apabila majikan terus memaksa pekerja demi mencapai KPI sehingga mengabaikan tanggungjawabnya untuk menjaga kebajikan pekerja.

Dipaksa makan telur mentah dan peria pahit

Baru-baru ini, seorang majikan di sebuah studio foto perkawinan telah memaksa pekerjanya untuk makan telur mentah bersama peria yang pahit, kerana mereka gagal untuk mencapai sasaran yang sepatutnya.

Video itu mendapat liputan yang meluas setelah disiarkan oleh ramai pihak di laman media sosial. Rakaman tersebut menunjukkan seorang pekerja perempuan yang sedang melutut sambil diiringi dengan muntahannya apabila dia tidak dapat menelan makanan tersebut.

Bahkan video itu juga menunjukkan majikan tersebut memaksa pekerjanya makan makanan tersebut dengan lebih cepat, walaupun pekerjanya kelihatan tidak mampu untuk meneruskan hukuman tersebut.

Kena bekerja pada waktu cuti, sebagai denda

Majikan tersebut juga dikatakan menghukum pekerjanya dengan memaksa mereka datang untuk bekerja pada hari cuti, sebagai tanda pengajaran atau mereka boleh memilih untuk makan telur mentah bersama peria.

Walaupun kekejaman itu telah dilihat oleh ratusan netizen di laman media sosial, majikan tersebut tidak menunjukkan sebarang penyesalan kerana bertindak sedemikian.

Hal ini kerana, majikan tersebut merasakan tindakan itu adalah tindakan yang sewajarnya dan mereka memang patut dihukum kerana gagal mencapai KPI syarikat tersebut. Kejadian ini dilaporkan berlaku di China.

Sumber: Miaopai

 

Continue Reading
Advertisement

Trending