Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Empat Lelaki Bertopeng Samun Kedai Emas Diburu Polis

Polis sedang memburu empat lelaki bertopeng yang terlibat kes samun menggunakan senjata api di sebuah kedai emas dalam bangunan pusat beli belah di Metro Kajang, Selangor, pada Isnin.

Menerusi satu kenyataan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata pihaknya telah menerima laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian terbabit menerusi talian kecemasan pada jam kira-kira 3.30 petang, semalam.

Hasil siasatan awal mendapati keempat-empat suspek telah memasuki premis yang berada di tingkat satu bangunan berkenaan dengan memakai pakaian seperti pengawal keselamatan, memakai topeng dan bersarung tangan gelap sekitar jam 3.17 petang.

Foto: FB Polis Daerah Kajang

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek telah memecahkan cermin kaca tempat simpanan emas menggunakan tukul besi sambil mengambil barang kemas.
“Semasa kejadian, suspek dipercayai membawa dua pucuk pistol dan satu laras senapang serta melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis sebelum melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah bangunan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau memberitahu, jumlah kerugian masih belum dapat disahkan dan pihaknya masih menjalankan siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekali gus mendapatkan keterangan saksi kejadian bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti lebih berat).

Foto: Media Sosial

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati walaupun tidak melibatkan kecederaan mahupun kematian.
“Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berkait kejadian tersebut, boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Asp Mohd Afiq Farhan Mohd Nor di talian 012-2446768,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 20 saat yang memaparkan empat individu sedang menyamun sebuah kedai emas sehingga mencetuskan suasana kecoh di tempat kejadian.

Sumber: Facebook Polis Daerah Kajang

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd