Connect with us

Infozon

Dr. Zulkifli Luah Kecewa, Kehadiran Jemaah Di Masjid WP Kurang Memberangsangkan

Sebelum ini, sepanjang perlaksanaan PKP rumah ibadat seperti masjid-masjid menutup pintu dan tidak menerima kehadiran sebarang jemaah bagi mengelakkan penularan wabak pandemik COVID-19 berlaku.

Perkara ini sudah tentunya, membuatkan ramai umat islam gelisah dengan penutupan pintu-pintu masjid tersebut.Namun kini, pintu masjid sudah dibuka kembali dan dikawal rapi dengan pantauan dan SOP yang ketat.

Kehadiran jemaah masjid kurang memberangsangkan

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dilihat berkongsikan kesyukurannya dan sedikit maklumat mengenai para jemaah masjid di laman media sosial milik beliau.

Beliau dilihat menyeru agar umat islam hadir ke masjid bagi  menghidupkan semula solat fardhu berjemaah dan aktiviti ibadah di rumah Allah. Luahnya kecewa, beliau dilaporkan oleh imam masjid berkenaan bahawa  bilangan jemaah masih dalam kuantiti yang sedikit.

Masjid di zon hijau & kuning di WP dibuka dengan had…

Jemput imarahkan semula masjid & surau

Sama2 ikuti sidang media 100 HARI JPM (Hal Ehwal Agama)

Di ruangan komen pada perkongsian Dr. Zulkifli ini, ramai yang meninggalkan pendapat masing-masing dan kebanyakan mengatakan bahawa mungkin sebilangan jemaah masih lagi merasa trauma dengan wabak pandemik ini.

Sumber: Twitter. 

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending