Connect with us

Inspirasi

Demi Selamatkan Nyawa Ramai, Pasangan Doktor Sanggup Tangguh Perkahwinan

Petugas kesihatan antara aset dan barisan hadapan yang paling penting buat setiap negara ketika ini. Robohnya benteng barisan hadapan ini, maka negara tersebut bakal menghadapi musibah yang lebih besar.

Petugas kesihatan ketika ini antara yang tidak menang tangan untuk memjaga negara daripada diserang wabak pandemik COVID-19 yang masih lagi kesudahan. Malah, mereka ini terpaksa berkorban nyawa, masa dan tolak tepi urusan peribadi demi menyelamatkan nyawa yang diambang oleh virus berkenaan.

Bagi pasangan doktor Max Allin, 34 dan Greta Geninson, 31, 11 April 2020 sepatutnya menjadi tarikh keramat dimana hari perkahwinan mereka diadakan dengan meriah disamping rakan dan keluarga.

Sebaliknya, kedua-dua doktor ini lebih berbesar hati untuk meraikan hari istimewa mereka dengan bertugas di Hospital Australia Barat. Malah, mereka berdua bersiap siaga di jabatan kecemasan untuk’menyambut’ pesakit yang berpotensi di jangkiti COVID-19.

Dua minggu yang lalu, pasangan ini mengumumkan kepada ahli keluarga untuk menangguhkan perkahwinan mereka kerana sedang berada dalam krisis kesihatan. Lebih menyentuh hati, apabila rakan setugas cuba mengambil kesempatan dan meraikan pasangan doktor ini dengan membuat jamuan secara  kecil-kecilan.

Tidak mengharap sebarang majlis yang mewah, tetapi pasangan ini hanya berdoa dan berharap agar dunia kembali normal. Malah mereka juga menetapkan bahawa 25 September 2020 bakal menjadi tarikh perkahwinan yang baru.

Sumber: SydneyMorning.

Continue Reading
Advertisement

Trending