Connect with us

WTF

Daripada Pentas Peragaan, Model Kacak Etnik Uighur Kini Hidup Dalam Tahanan

Memiliki rupa paras yang kacak dengan senyuman menawan, membuatkan seorang lelaki etnik Uighur berusia  31 tahun, sering kali menjadi wajah untuk pelbagai produk di pentas peragaan.

Namun khabarnya, kehidupan model kacak bernama Merdan Ghappar, dilihat berubah selepas terdapat video yang dirakam sendiri olehnya dari tempat sel tahanan yang dikhususkan untuk etnik Uighur di bawah kelolaan pemerintah Tiongkok.

Dari pentas peragaan ke sel tahanan

Berbeza dengan kehidupannya yang sebelum ini gah di pentas peragaan, menerusi video yang dikongsikan Merdan terpaksa duduk di dalam sebuah sel kecil dengan tangannya digari pada katil.

Baju kotor, tangan digari & kaki bengkak

Tidak dipastikan bagaimana Merdan boleh memiliki telefon pintarnya, namun dapat dilihat daripada video tersebut memperlihatkan Merdan dengan pakaiannya yang kotor, pergelangan kakinya yang tampak bengkak.

Bukti penindasan dalam sel tahanan

Menerusi video yang disiarkan oleh BBC berserta dengan teks, adalah sesuatu yang sangat mustahil untuk didapati terutama sekali dirakam oleh tahanan sendiri dari dalam sel.

Advertisement

Video itu menambah bukti dokumentasi atas apa yang dikatakan Pemerintah Tiongkok sebagai perlawanan terhadap “tiga kekuatan jahat” iaitu separatisme, terorisme, dan ekstremisme di wilayah Xinjiang, di barat daya China Daratan.

Sumber : BBC

Continue Reading
Advertisement

Trending