Inspirasi
‘Berkicap’ Kena Pakai Suit, Bos Besar Shell Lebih Selesa Sarung Uniform Pekerja

Sejak foto beliau bertemu dengan seorang pekerja sambilan di pam minyak yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM tular, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani atau mesra disapa Pakcik Shell sering menjadi sebutan.
Sangat merendah diri serta langsung tidak kisah mengendali pelanggan yang ingin mengisi minyak di pam minyak, Pakcik Shell juga dilihat aktif di sosial media dan kerap memuat naik aktiviti hariannya bagi tatapan warganet.
Bergambar gaya korporat
Dalam satu perkongsian yang dibuat hari ini, beliau memaklumkan telah bergambar bersama ahli-ahli lembaga pengarah termasuk wakil perbadanan Negeri Sabah dan wakil kerajaan Negeri Sarawak yang merupakan pemegang saham syarikat.
Apa yang mencuri tumpuan adalah kapsyennya yang mengatakan tidak begitu selesa berpakaian formal dengan suit lengkap. Namun, atas urusan rasmi beliau tidak dapat menolak untuk berpenampilan sebegitu.
https://www.instagram.com/p/CCC2BLpJK38/
Lebih selesa santai2
Menerusi perkongsian itu juga, Pakcik Shell turut sempat memuat naik gambarnya bersama pekerja pam minyak yang lebih kasual dan santai sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung tempoh hari.
Terbaiklah bos!
Sehubungan dengan perkongsian yang ‘sempoi’ daripada Pakcik Shell, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif diatas muat naik itu.
Mereka juga turut mengakui bahawa cara Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading itu sangat menyenangkan terutamanya buat para pekerjanya yang ada di seluruh negara.
Terus beri inspirasi!
Tak pernah lekang dengan senyuman
Sumber: Pakcikshell

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit