Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Belanja Gambar Tak Pakai Baju, Peminat ‘Terliur’ Lihat ‘Six Pack’ SRK

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menjadi bualan netizen apabila melihat otot pada badannya sehingga menyebabkan ramai orang terutamanya peminat tidak keruan.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Shah Rukh Khan di laman Instagramnya, kelihatan dia sedang duduk di sebuah sofa tanpa berbaju telah meraih perhatian netizen.

View this post on Instagram

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mana tidaknya, dia yang tanpa berbaju itu menayangkan otot serta tubuhnya yang sado itu telah membuat peminatnya tidak senang duduk apabila melihatnya.

Bagaimanapun, Shah Rukh Khan mengakui tidak begitu selesa dengan penampilannya seperti itu dan terpaksa melakukannya atas sebab urusan kerja.

“Malu sebenarnya. Tapi disebabkan kerja, saya terpaksa,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Memang hebat la!

Pun begitu, perkongsian hantaran tersebut mendapat pujian daripada netizen dan rakan artis yang sentiasa menjaga kesihatan meskipun usianya sudah 56 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Inspirasi untuk dapat six pack!

Malah, ada juga netizen yang menjadikan pelakon tersebut sebagai inspirasi mereka untuk mendapatkan tubuh badan impian setiap lelaki itu.

Sumber: Instagram @iamsrk

+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd