Inspirasi
Bekas Pesakit Covid-19, Penderma Pertama Plasma Darah Mahu Bantu Rawat Pesakit

Ketika diduga menjadi salah seorang pesakit yang dijangkiti dengan wabak Covid-19, Naib Presiden Kanan, Modal Insan Kumpulan UDA Holdings Berhad Reza Huzairi Zainudin, 41, tidak menyangka plasma darahnya boleh membantu menjadi penawar Covid-19.
Menerusi perkongsian di Facebook, Reza yang merupakan bekas pesakit COVID-19 kes 46, bersama dengan beberapa orang rakan sekerja telah mendapat jangkitan virus COVID-19 ini dalam gelombang kedua.
Penderma plasma darah pertama di Malaysia
Pada 2 April lalu, Reza telah membuat satu keputusan untuk menjadi penderma plasma darah yang pertama, sebagai amal untuk membantu pesakit lain dijangkiti.
Berdasarkan keputusan klinik, darah Reza Huzairi didapati cukup ampuh, sihat dan sesuai serta memenuhi kriteria yang dapat membantu rawatan pesakit Covid-19 yang berada dalam keadaan kritikal.
“Tidak semua plasma boleh didermakan kerana penderma mestilah sihat daripada sebarang penyakit kronik, tidak mengambil sebarang ubat pada jangka masa panjang dan mempunyai kesihatan yang optimum, saya datang untuk membuat ujian dan bersyukur plasma darah saya sesuai untuk didermakan…”
Tambah Reza, demi untuk membantu menyelamatkan nyawa pesakit Covid-19 yang lain, dia bersedia untuk menderma buat kali kedua jika dibenarkan oleh doktor.
“Saya selalu bersangka baik kepada Allah dan yakin apa yang jadi ini, pasti ada hikmahnya…”
Reza berpesan, kesemua pesakit perlu kuatkan semangat dan jangan putus asa untuk kembali sihat dan bebas daripada wabak yang telah membunuh ribuan manusia ini dan meminta agar kesemua rakyat berkerjasam membendung Covid-19.
Sumber : Reza Huzairi Zainudin & Harian Metro

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit