Infozon
Bayi 5 bulan derita jangkitan kuman bahaya, ibu menggigil tengok mata & mulut anak membengkak

Hati ibu mana yang tidak dirundung perasaan sedih, jika melihat anak yang masih lagi kecil terpaksa menanggung derita sakit yang tidak terperi.
Begitulah yang berlaku kepada seorang ibu ini apabila bayi perempuannya yang berusia lima bulan, telah mengalami jangkitan kulit dikenali sebagai Impetigo, yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus atau Staphylococcus.
Gejala penyakit ini biasanya terjadi kepada kanak-kanak dan bayi. Apabila diserang bakteria ini (Staphylococcus aureus), pesakit akan mengalami scalded skin syndrome iaitu infeksi kulit yang serius sehingga menyebabkan bengkak dan kulit mengelupas serta melepuh.
Ikuti perkongsian di Facebook, ibu bernama Munie Suraya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jangkitan kulit yang menimpa bayi comelnya…
Mata bengkak sebelah, disangka kena gigit semut
Naik merah2 di kawasan mulut dan mata
Ingatkan sebab alergik lepas makan ubat tahan sakit
Doktor bagi ubat susut bengkak…
Tiba2 mulut adik mengelupas mama terus menggigil
Mata adik tak boleh buka sebab dah bengkak teruk
Keadaan jadi makin teruk, doktor bagi tahu adik kena jangkitan kulit
Luka dekat muka dah mula kering dan adik tinggal salin kulit baru
Bengkak pada mata dah surut, 2 minggu kena tahan wad
Muka adik dah makin pulih dan ada peningkatan…
Adik dibenarkan pulang jika dah benar2 sembuh…
Muka adik tambah elok lepas nurse tolong bersihkan
Tujuh kali adik kena cucuk sebab tak jumpa urat tangan
Adik dah sembuh cuma tinggal sisa kulit mati, doktor dah bagi balik
Jadi ibu bapa perlu lebih peka dengan keadaan di sekeliling anak-anak, jadikan kisah yang menimpa ibu ini sebagai pengajaran dan sebagai panduan apabila berhadapan dengan situasi seumpama ini.
Sumber : Munie Suraya

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit