Connect with us

Infozon

Baru Nampak Langit Biru! Pencemaran Udara Di India Berkurangan Sejak ‘Lockdown’

Berikutan kes coronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat, hampir semua negara telah melaksanakan ‘lockdown’ bagi mencegah penularan wabak tersebut.

Di India, mereka mempunyai populasi yang cukup ramai berjumlah 1.3 bilion orang dan telah diarahkan untuk duduk di rumah sepanjang tempoh ‘lockdown’ dijalankan.

Justeru dengan melakukan tempoh mengurungkan diri di rumah, perkara ini juga telah memberi impak lebih baik kepada negara tersebut dimana pencemaran udara di India telah berkurangan.

Menurut laporan, banyak bandar di negara itu telah mengalami ‘microsopic’ berbahaya yang dikenali sebagai Pm 2.5 dan nitrogen dioksida tahap rendah.

“Setelah 10 tahun berlalu, akhirnya saya dapat melihat langit biru. Satu kelebihan yang kita dapat daripada krisis yang teruk ini adalah kita boleh keluar dan bernafas,” ujar pengasas Care For Air, Jyoti Pande Lavakare.

Pada tahun 2019, IQ Air menunjukkan enam daripada sepuluh bandar tercemar di dunia adalah dari India namun tidak semua orang teruja dengan perubahan itu yang hanya disebabkan pandemik tersebut.

“Kita tidak boleh membiarkan ramai orang menderita hanya untuk membersihkan udara. Kita hanya boleh menggunakan virus itu sebagai satu pengajaran,” kata penganalisis New Delhi, Sunil Dahiya.

Sumber : Elite Readers

Continue Reading
Advertisement

Trending