Connect with us

WTF

Banyak ‘Tweet’ Tentang Kehebatan Zionis, Netizen Israel ‘Koyak’ Diserang ‘Tentera Bawang’ Malaysia

Ramai tahu bahawa pada saat ini umat Islam Palestin di Gaza sedang diserang hebat oleh tentera zionis Israel dan memuncakkan amarah umat Islam di seluruh dunia.

Sehubungan itu, ramai netizen berkongsi pandangan serta mengutuk tentera zionis Israel yang dianggap kejam kerana memprovokasi dan melakukan kekerasan terhadap rakyat Palestin, di serata laman sosial.

Puji kehebatan zionis Israel

Bagaimanapun, jika korang melayari laman sosial Twitter, terdapat beberapa netizen Israel yang memuat naik ciapan memuji kehebatan negara mereka memintas bom dari tentera Hamas.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang menagih simpati daripada masyarakat dunia dengan berkongsi video menunjukkan pendatang Israel dalam ketakutan berlindung dari serangan bom Hamas.

https://twitter.com/IdoDaniel/status/1392033584278556673?s=20

Advertisement

Netizen Malaysia mula buat kerja

Netizen Malaysia yang cukup dikenali ramai dengan kehebatan ‘Tentera Bawang’ merupakan antara golongan yang tidak berpuas hati dengan ciapan lelaki bernama Ido Daniel itu.

Justeru itu, mereka telah melancarkan perang berhabis-habisan di ruangan komen setiap ciapan lelaki Israel tersebut.

Apa yang lebih melucukan adalah, ada juga yang menggunakan ruangan komen berkenaan untuk berjual beli makanan, tudung, akaun Netflix dan banyak lagi.

Buka ‘kedai’ di ruangan komen

Tanya tentang ‘satay’ pula

Khairul Aming ‘share’ resipi

Senarai barang yang mahu dibeli di pasar

Eh, Muhammad Sajat pun ada?

Kemunculan semula Bomoh Kelapa

Mengutuk ciapan lelaki tersebut

Nak kena pukul ke?

Berbalas pantun cincau, cabai, sup bunjut pun ada..

Perasan bahawa ciapannya itu menjadi sasaran rakyat Malaysia, lelaki berkenaan meluahkan rasa bengang kerana di ‘troll’ kaw kaw oleh Tentera Bawang Malaysia.

https://twitter.com/IdoDaniel/status/1392107210235318274

Advertisement

Tentera Bawang – 1, Netizen Israel – 0

Seorang netizen berkata kepada lelaki itu, ‘haa koyak’ apabila melihat reaksinya dek kerana menerima terlampau banyak komen negatif.

Namun, siapa sangka Ido membalas ‘koyak to you too’.

https://twitter.com/IdoDaniel/status/1392247133177327616

Sehingga kini, situasi di Gaza dan wilayah Israel masih lagi tegang dengan pergolakan hebat antara kedua-dua belah pihak berbalas serangan bom.

Jom kita sama-sama doakan yang terbaik untuk rakyat Palestin di sana.

Advertisement

Sumber: Twitter @IdoDaniel

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending