Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Banjir Kedah: Zahid Hamidi Yakin Sanusi Mampu Urus Kebajikan Mangsa

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi mampu memberikan perkhidmatan terbaik demi mangsa banjir di negeri itu.

Zahid Hamidi minta Sanusi jangan sibuk

Zahid Hamidi yakin dan mendoakan agar kebajikan 1,452 mangsa banjir  yang terdiri daripada lebih 400 keluarga di Kedah mampu diuruskan dengan baik oleh Sanusi.

Dalam pada itu, Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berharap agar Menteri Besar Kedah memberikan fokus terhadap rakyat dibawah pemerintahannya tanpa ‘menyibuk’ di tempat lain.

“Janganlah sibuk di kawasan orang lain. Jagalah rakyat sendiri,”ujarnya.

Zahid Hamidi yakin Sanusi mampu

Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi banjir di Kedah yang telah berlaku sejak 25 September lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: “Masih Terkawal, Tak Perlu Darurat..”- Anwar Ibrahim Lawat Mangsa Banjir Di Johor

Harap pengundi tak termakan ‘pancing’

Memetik laporan Utusan Online,  beliau juga berharap agar pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai tidak termakan dengan isu-isu yang dibawa oleh Sanusi

“Saya harap rakyat di Pelangai bijak sebagai mana pengundi di Pulai dan Simpang Jeram di Johor yang membuay keputusan tepat memilih wakil rakyat yang boleh meneruskan kesinambungan perkhidmatan di kawasan itu.
“Saya juga mengharapkan agar mereka menolak calon dari pihak yang tidak dapat meneruskan perkhidmatan selari kerajaan negeri dan Pusat,”katanya lagi.

Zahid Hamidi berkata, belia tahu Muhammad Sanusi akan menggunakan apa-apa sahaja strategi bagi mendekati pengundi. Ini tidak terkecualilah pengundi di tanah rancangan Felda di sini supaya membenci kerajaan Pusat dan negeri ketika ini.

Sementara itu, beliau juga mengingatkan pembangkan agar tidak mempersoalkan profesionalisme pihak berkuasa yang menjalankan tugas sepanjang berlangsungnya kempen PRK DUN Pelangai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian selepas timbul dakwaan yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

“Polis sangat profesional, mereka cuma memantau mana-mana parti politik atau calon yang melakukan kempen.
“Jangan persoalkan profesionalisme yang dilakukan agensi penguatkuasaan terutamanya oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia),” kata Zahid Hamidi.

Sumber: Utusan Online (Mohamad Shofi Mat Isa), Sinar Harian (Norhidayah Hairom)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Politik

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 45, menzahirkan ucapan tahniah kepada aktivis Ustazah Marhamah Rosli atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di...

Dunia

Pertandingan E-sukan di Sukan SEA ke-33 bertukar hangat apabila satu isu serius membabitkan disiplin pemain mencuri tumpuan ramai. Seorang atlet wanita Thailand bagi acara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd