Connect with us

Infozon

Tiada Dalil Sahih, Basuh Baju Asing Untuk Jaga Adab & Memuliakan Suami

Dalam kehidupan berumah tangga, isteri sememangnya wajib dan patuh dengan segala arah suami, selagi arahan tersebut tidak bertentangan dengan hukum hakam agama islam.

Disebabkan itu, sebelum mendirikan rumah tangga setiap pasangan disarankan untuk belajar mengenai perkara asas dan wajib diketahui dalam hidup berumah tangga agar dapat mengurangkan sebarang kekhilafan.

Persoalan yang meraih pelbagai pandangan…

Beberapa hari lalu, tularnya kenyataan yang telah menimbulkan pelbagai persepsi dan pertanyaan para pengguna media sosial yang lain dalam adat kehidupan berumah tangga.

Pernyataan tersebut dilihat seolah-olah menyelar perbuatan para isteri yang tidak mengasingkan baju suami ketika membasuh pakaian. Perbuatan ini didakwa seolah-olah tidak memuliakan dan menjaga adab dengan suami.

Ramai yang dilihat tidak bersetuju…

Sudah tentunya perkara ini mendapat tentangan daripada orang ramai. Bahkan, kaum lelaki sendiri tidak kisah dan menyatakan perkara tersebut tidak sewajarnya dijadikan sebagai satu isu.

Kalau nak asingkan baju, biar sidai & lipat sendiri

Jangan sampai makan pun kena berasing…

Kalau tak ada adab, campur dengan kain buruk terus

Cik Man tampil beri penjelasan

Disebabkan perkara tersebut sedang menular di media sosial, PU Azman ataupun lebih mesra dengan Cik Man tampil memberi penjelasan mengenainya.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending