Connect with us

Inspirasi

“Ayah Pergi Dengan Tenang…” – Anak Korban COVID-19 Sayu Tak Dapat Urus Jenazah

Semalam, berita yang sangat mengejutkan diterima apabila dimaklum angka korban Covid-19 di Malaysia telah mencecah lapan kematian dengan jumlah keseluruhan pesakit kini sudah 1183 kes yang disahkan positif.

Namun yang paling terkesan saat ini sudah tentulah ahli keluarga, menurut perkongsian di Twitter anak kepada salah seorang korban Covid-19 yang dikenali sebagai Syira, meluahkan rasa sayu saat kehilangan ayah yang tercinta.

Ayah disahkan Covid-19

Syira memaklumkan ayahnya telah disahkan Covid-19, malah dia juga meminta beberapa kenalan atau siapa sahaja yang telah berjumpa segera membuat ujian saringan.

Tolong buat ujian saringan

Ayah pergi dalam keadaan tenang

Bapanya yang dikenali sebagai Idris Bin Atan disahkan meninggal dunia, doktor memaklumkan arwah pergi dalam keadaan yang tenang sekali.

Tak dapat uruskan jenazah ayah

Umum sedia maklum, pengebumian jenazah pesakit Covid-19 diuruskan mengikut yang ditetapkan pihak perubatan, justeru ahli keluarga tidak dibenarkan membantu menguruskan jenazah.

Kakak pula disahkan positif

Lebih menyedihkan, kakaknya juga telah disahkan positif dan kini ketiga-tiga anak kakaknya juga telah diminta untuk membuat ujian saringan.

Tiada siapa boleh ganti tempat ayah

Dalam ucapan terakhirnya, Syira sempat meluahkan rasa terima kasihnya terhadap ayah yang selama ini telah menjadi bapa dan suami yang baik untuk keluarganya.

Semoga Syira dan keluarga tabah menjalani ujian ini, marilah kita berdoa agar arwah ayah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman.

Sumber : Syira

Continue Reading
Advertisement

Trending