Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tiket Coldplay Laku Keras, Jadi Rebutan 400,000 Peminat!

Bagai jual cendol di musim panas terik! 

Itulah yang dapat digambarkan dengan penjualan tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour apabila ia menjadi rebutan kira-kira 400,000 rakyat Malaysia habis dijual pada Rabu.

Penganjur konsert, Live Nation dalam satu hantaran mengumumkan jualan tiket ditutup kira-kira jam 1 tengah hari Rabu iaitu kurang empat jam selepas jualan umum dibuka pada jam 10 pagi tadi.

Pihak penganjur juga berterima kasih kepada semua peminat yang tidak putus asa memberi sokongan terhadap Coldplay meskipun boleh dikatakan ramai gagal mendapatkan tiket konsert kumpulan muzik rock tersohor itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami ingin berterima kasih atas sokongan luar biasa terhadap Coldplay live di Kuala Lumpur dan menanti-nantikan kehadiran anda pada 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil,”menurut hantaran Live Nation di media sosial.

Sementara itu, Live Nation menitipkan pesanan kepada orag ramai agar tidak mudah terpengaruh dan membeli tiket daripada pihak tidak bertanggungjawab atau ‘scalper’ yang menjual pada harga lebih tinggi.

Ini dapat dilihat menerusi beberapa platform media sosial seperti Carousell dan Viagogo yang menjual semula tiket Coldplay pada harga tiket.

“Dengan membeli tiket melalui cara-cara jualan yang tidak sah, pembeli mengambil risiko memandangkan kesahihan tiket tidak dapat disahkan, dengan bayaran balik juga tidak dibenaran.
“Kami (Live Nation) juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pembelian melalui saluran yang tidak sah,”menurut mereka.

Sekadar info, tiket prajualan telah pun dibuka khusus untuk pengguna CIMB sejak semalam dengan menyaksikan 400,000 peminat yang menunggu untuk membeli tiket secara maya, sekali gus mencipta rekod baharu buat penganjur GoLive Asia.

Sumber:  Twitter @livenationmy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd