Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Seorang Cedera, Pemandu Wanita Diserang Sawan Rempuh Tujuh Kenderaan

Seorang wanita merempuh tujuh kenderaan akibat diserang sawan ketika memandu keretanya jenis Toyota Vios di Pekan Nanas, Pontian kira-kira jam 7.10 pagi tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, kejadian tersebut membabitkan lima motosikal dan dua kereta yang berada di bahu jalan berhampiran dua kedai makan.

“Ketika kejadian, wanita berusia 25 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum mengalami sawan dan hilang kawalan lalu melanggar seorang pejalan kaki yang dikenali sebagai Zahara serta kenderaan lain.
“Zahara yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di kawasan berkenaan turut mengalami kecederaan di bahagian leher dan dihantar ke Hospital Pontian,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemandu selamat, tapi kereta terbalik

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02YR6iXXuBRDo7EVvL624e6EXapaxMnBnPXC2ppoCn2We4EbVeB5Hy7ZzVh6Y95r27l&id=100083055024127

Mohammad Shofee berkata, ketika kejadian, semua pemilik kenderaan yang terbabit sedang menikmati sarapan pagi di dua kedai berkenaan selain kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, lapan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi berjaya diselesaikan sekitar jam 8 pagi.

Sumber: Sinar Harian (Zulhisham Isahak), Facebook JohorPost

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd