Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Priyanka Chopra Dikecam, Gendong Anak Menghadap Ke Depan

Umum mengetahui pelakon antarabangsa, Priyanka Chopra dan suaminya, Nick Jonas yang juga seorang selebriti terkenal menimang cahaya mata perempuan hasil menggunakan khidmat ibu tumpang.

Malah, pasangan selebriti itu mendedahkan wajah anak perempuan mereka yang diberi nama Malti Marie selepas setahun berkongsi gambar bayi itu berserta ‘sticker’ atau emoj.

View this post on Instagram

A post shared by E! News (@enews)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disapa media dan peminat

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan keluarga kecil pasangan selebriti itu disapa oleh media tempatan dan peminat sebelum memasuki ke dalam kereta.

Dalam video berkenaan, aktres berusia 40 tahun itu dilihat mengendong anaknya menghadap ke hadapan sebelum merangkul pinggang suaminya bagi memudahkan orang ramai mengambil gambar mereka sekeluarga.

@viralstars8

awee..soo cute #priyankachopra with family šŸ„°šŸ˜#nickjonas #keeploving #viralcouple

Advertisement. Scroll to continue reading.

ā™¬ original sound – Mandira_forever

Tak selesa dan kekok pegang anak

Bagaimanapun, rata-rata warganet mengkritik cara bintang Bollywood itu mengendong anak perempuannya dengan mengatakan Priyanka tidak pandai menjaga seorang bayi.

Malah, mereka juga menyatakan pelakon filem Don itu kelihatan agak agresif selain hanya berlakon menjadi seorang ibu penyayang di hadapan lensa kamera.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengaitkan caranya memegang dengan status anak perempuannya yang hanya dihasilkan menerusi ibu tumpangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Nick Jonas dan Priyanka telah berkahwin pada 1 Disember 2018. Selepas tiga tahun berumah tangga, mereka memaklumkan telah menimang seorang cahaya mata perempuan dengan menggunakan khidmat ibu tumpang pada awal tahun 2022.

Sejak dari itu, mereka tidak pernah mendedahkan wajah anak perempuan mereka yang diberi namaĀ Malti Marie Chopra JonasĀ kepada umum dan kerap meletakkan emoji apabila berkongsi gambar bersama.

Mereka hanya berkongsi wajah sebenar anak perempuan mereka pada penghujung Januari tahun ini.

Sumber: TikTok @viralstars8, Instagram enews

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Lokal

Dua lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Pendek, Kampung Kota, Kota Bharu petang semalam. Menerusi laporan Kosmo!, kejadian berlaku...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkanĀ Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)....

Advertisement

Hakcipta Ā© 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd