Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pukul Pemandu Lori Kontena: Dua Ditahan, Polis Sedang Cari Muhammad Putra

Polis sudah menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul pemandu lori kontena ketika kejadian kemalangan maut di Jalan Telok Gong, Klang baru-baru ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kedua-dua suspek berusia 38 tahun dimana salah seorangnya mempunyai dua rekod lampau bersabit dadah.

Cha berkata, pihaknya masih berusaha bagi mengesan dan menangkap suspek yang terbabit termasuk seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Putra Abdullah berusia 31 tahun.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu dan kejadian terbabit diminta untuk menyalurkannya terus kepada…
“…Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, seramai enam orang saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan selain pengawai penyiasat juga dalam proses melengkapkan siasatan serta akan rujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa yang terdekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat ke atas harta benda.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima satu laporan daripada pemandu lori kontena berusia 36 tahun yang mendakwa dipukul beberapa lelaki selepas berlaku kemalangan tersebut.

@merahhhh85

#telokgongportklang #eksiden2022 #haripertamasekolah adik yang terselamat… #alfatihah

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, kemalangan itu membabitkan dua beradik, Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir, 9, dan Alif Zahfran, 7, dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan membonceng motosikal bersama wanita berusia 54 tahun yang juga jiran mereka.

Nurul Jannatun Assyifa maut akibat digilis lori kontena berkenaan, namun segelintir netizen mendakwa pemandu kenderaan itu tidak bersalah sebaliknya motosikal ditunggang jiran mangsa keluar dari simpang secara berbahaya.

@merahhhh85

Replying to @nrizzs #trendingnewsmalaysia #telokgongportklang #telokgong #utusanmalaysia

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli), TikTok @merahhhh85

+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hanya kerana mematahkan pemadam rakan dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli yang baru, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun sanggup menjadi pemuas...

Spotlight

Selepas sah bercerai pada Jumaat lalu, heboh di media sosial berikutan kandungan keputusan cerai Ria Ricis dan Teuku Ryan sekali gus memaparkan punca perpisahan...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengecam insiden yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid sehingga mendatangkan kecederaan...

Sukan

Pemain bola sepak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim atau mesra disapa sebagai Mickey disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama malam, semalam....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd