Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad, PDRM Sedang Siasat

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan mengenai video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan berhubung perkara tersebut,

“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, Kajang hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat memaparkan dua lelaki mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran bagi baginda.

Rakama itu turut menarik perhatian penyanyi rap dan aktivis, Caprice yang menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menyiasat siapa dalang di sebalik ajaran berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA, Instagram Caprice

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd