Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Berang Ditegur Celup Tangan Dalam Lauk, Lelaki Mabuk Bantai Pekerja Restoran

Sejak semalam, tular di media sosial satu pergaduhan di sebuah restoran apabila seorang lelaki dilihat bertumbuk dengan pekerja kedai makanan berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikan Twitter Cyberjaya Info, kejadian difahamkan berlaku di Restoran Pelita Cyberjaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 7,30 malam semalam dan melibatkan dua orang suspek lelaki yang memukul dua orang pekerja restoran berkenaan.

Berang ditegur celup jari dalam lauk

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, suspek dikatakan berang selepas ditegur oleh pekerja restoran kerana memasukkan tangan ke dalam lauk yang disediakan di restoran berkenaan.

Disebabkan itu, suspek yang juga didakwa dalam keadaan mabuk telah memukul pekerja tersebut termasuklah menggunakan  penyepit besi makanan hingga menyebabkan mangsa cedera ringan.

Suspek sudah ditahan

Susulan daripada itu, dua suspek berusia 50 dan 51 tahun telah ditahan secara berasingan pada awal pagi dan pagi tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Siasatan awal mendapati, mangsa mendakwa lebam di leher, kepala, bahu kiri dan telinga akibat dipukul suspek.
“Pengadu yang juga pengurus restoran mendakwa berdepan kerugian apabila peralatan kedai dirosakkan termasuk pinggan selain banyak lauk tercemar dan terpaksa dibuang.
“Siasatan awal mendapati, terdapat 17 orang pekerja yang sedang bertugas ketika kejadian,” katanya.

Kedua-dua suspek yang merupakan pemandu teksi dan pemandu pelancong itu mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah.

Pihak polis juga menyatakan yang kes disiasat mengikut Seksyen 324, 327 dan 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Twitter Cyberjaya Info, Utusan Malaysia (Mohd. Hsuni Mohd. Noor)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd