Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

“Pendang Kena Tendang” -Netizen Terhibur MP Kena Halau Dari Dewan Rakyat

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan video perdebatan di Dewan Rakyat sehingga Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dihalau keluar dewan selama dua hari oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Dihalau keluar dewan 2 hari

Difahamkan, arahan tersebut dikeluarkan selepas Awang dilihat mengganggu sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli apabila mencelah beberapa kali walaupun tidak diberikan ruang.

Melihat dari video yang dikongsikan @jason.yew, Datuk Johari yang pada awalnya mengarahkan dengan lembut namun ditentang sehingga beliau meninggikan suara.

@jason.yew

Video Penuh Pendang direhatkan 2 hari #parlimen #speaker #pendang #kecoh #foryou

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – JASON Update – JASON Update

Kekecohan ketika Menteri Ekonomi gelar badut

Memetik laporan dari Berita Harian, kekecohan semakin tidak terkawal apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggelarkan Awang sebagai badut.

“Pendang kalau hendak jadi badut, boleh cari menteri lain berucap, bukan masa saya… saya ada benda penting nak sebut,” katanya.

 Speaker naik angin

Disebabkan itu, Awang telah bangkit dan mendakwa ucapan Rafizi mempunyai sangkaan jahat sebelum speaker memutuskan untuk Ahli Parlimen Pendang itu berehat selama dua hari.

“Saya rehatkan Pendang untuk dua hari, keluar sekarang, hari ini dan esok, saya sudah beritahu awal kalau menteri tak beri masa dan tempat, Pendang jangan bangkit sebab menteri tak bagi, tapi dia bangkit juga.
“Saya dah beritahu beberapa kali… saya dilihat tidak boleh mengawal dewan kerana rakyat hendak dengar apa yang kita bincang,” katanya.

Rafizi bagaimanapun menarik semula perkataan badut itu selepas diminta Johari.

“Saya tarik balik Pendang badut dan Pendang bolehlah keluar,” katanya.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan Rafizi kerana menyuruhnya keluar, sekali lagi kekcohan berlaku sehingga Datuk Johari meninggikan suara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semua duduk diam… Pendang dengan segala hormatnya… saya beritahu anda supaya keluar… keluar!,” katanya.

Pendang kena tendang

Tindakan tersebut ditonton lebih dari dua juta viewers selepas sehari dimuat naik ke akaun TikTok itu.

Kebanyakkan netizen berseloroh bahawa Awang telah ‘ditendang’ dan merasakan apa yang berlaku sangat tidak wajar kerana menunjukkan sikap kurang matang sebagai seorang pemimpin.

Macam budak2!

Nak suruh keluar pun payah

Dua hari je pun, bukan dua minggu

Kelakar lah diorang ni

Risau paras darah speaker tinggi

 

Sumber: Berita Harian (Suzalina Halid), TikTok jason.yew

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd