Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Berbalah, Polis Buka Kertas Siasatan Babit Musa Hassan & Isteri

Polis sudah membuka kertas siasatan mengenai satu kejadian membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan isterinya berhubung tiga rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam tempoh terdekat.

“Saya sahkan kita (polis) terima laporan dan kertas siasatan sudah dibuka. Kita akan rujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan selesai dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Malah Astro Awani difahamkan, kedua-dua pihak juga sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

Terdahulu, rakaman video tersebut tular selepas dimuat naik seorang pengguna laman Twitter yang memaparkan pertengkaran antara suami dan isteri yang turut disaksikan oleh seorang kanak-kanak lelaki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan penularan video berkenaan, Musa menulis satu ciapan di akaun Twitter miliknya berharap orang ramai menghormati privasi selain tidak mencampuri urusan keluarganya.

Tambah Musa, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat pihak yang membuat andaian atau spekulasi sendiri berhubung kejadian terbabit.

Sumber: Astro Awani (Umavathi Ramayah)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd