Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tauliah Mengajar Agama Di Selangor, Tiada ‘Special Lane’ Walaupun Popular

Tiada ‘special lane‘ atau pengecualian istimewa kepada golongan pendakwah yang ingin menyampaikan ceramah agama Islam di Selangor walaupun mereka berpengaruh dan popular.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, semua individu perlu mengikut undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor dengan memohon tauliah mengajar.

“MAIS amat mengalu-alukan semua pihak yang ingin memohon tauliah di Selangor sama ada untuk mengajar, berceramah atau sebagainya.
“Bagaimanapun, setiap individu hendaklah membuat permohonan tauliah kepada Jawatankuasa Tauliah MAIS melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Pada masa sama, beliau memaklumkan seramai 5,642 penceramah berkelayakan sudah menerima tauliah di Selangor sehingga 7 Disember tahun lalu.

Baru-baru ini, penceramah bebas Ustaz Wadi Annuar memaklumkan dua program ceramahnya yang dijadualkan berlangsung pada 10 dan 11 Mac ini di Selangor dibatalkan tanpa memberitahu punca sebenar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Begitu juga dengan pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus yang memaklumkan kuliah Maghrib pada 26 Februari lalu di sebuah masjid di Selangor dibatalkan atas arahan JAIS.

Mengulas tentang perkara tersebut, Abdul Aziz berkata, hasil semakan pihaknya mendapati kedua-dua penceramah berkeenaan tidak mempunyai tauliah bagi mengajar tentang agama Islam di Selangor.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Azlim Zainury)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd