Siapa sangka, selepas dihina dan diejek netizen di media sosial hanya kerana meluahkan rasa gembira mendapat hadiah beg tangan dari bapanya, remaja perempuan Singapura hari ini bergelar model untuk jenama Charles & Keith.
Perkara ini susulan tindakannya yang mengatakan handbag hadiah dari bapanya adalah jenama paling mahal pernah diterima sepanjang hidup.
@zohtaco thank you dad 🥹
Selepas khabar berkenaan dirinya diejek netizen di aplikasi TikTok, pengasas kepada jenama tersebut telah menjemput Zoe Gabriel dan keluarga untuk makan tengahari bersama serta memberikannya hadiah.
Duta komuniti untuk jenama Charles & Keith
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah perkongsian terbaru remaja tersebut di Instagram apabila telah menjadi model bagi memperagakan aksesori jenama berkenaan.
Difahamkan, Zoe telah bergambar untuk jenama tersebut bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut baru-baru ini.
Dia juga menyertakan sekali qoute berkaitan wanita di ruangan Instagramnya sebagai salah satu kata-kata motivasi untuk para wanita.
Menjengah ke ruangan Instagram Charles & Keith, remaja yang berasal dari Filipina itu telah diangkat menjadi Duta Komuniti untuk jenama berkenaan.
Terdahulu, Zoe telah dikutuk apabila mengatakan beg jenama Charles & Keith hadiah dari bapanya adalah jenama mewah pertama yang pernah dimilikinya.
Namun, ramai yang mengatkaan jenama tersebut tidak mahal sehingga dia membuat klarifikasi bahawa mereka datang dari keluarga sederhana.
Sumber: Instagram Zoeaaleah, TikTok @zoetaco