Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Buat Kecoh Selepas Langgar Enam Kenderaan, Pemandu Rupanya Positif Ganja

Pemandu lelaki yang melanggar enam kenderaan sebelum kereta yang dipandunya terbalik di Lebuhraya Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pagi Sabtu lalu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh dadah.

Menurut laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, suspek warga tempatan berusia 40 tahun yang memandu kereta jenis Lexus telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar enam kenderaan lain.

Zam Halim berkata, enam kenderaan tersebut sedang berhenti di lorong kiri dan kanan jalan bagi menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Video tular di media sosial

https://www.facebook.com/ady.wong.188/posts/pfbid0ZKA73g5PADAdyAUdU3RmDoXsFhYUK1iNni6C8fQzkswtzTgqKAPMcQiLc1YGnM3Kl

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kemalangan itu bagaimanapun hanya menyebabkan kerosakan kenderaan yang terlibat dan tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis ganja.

Suspek kemudian ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebih RM15,000 atau kedua-duanya” ujarnya.

Sementara itu, menerusi kemas kini Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di laman Facebook, suspek dilaporkan mengaku tidak bersalah di mahkamah dan diikat jamin sebanyak RM 10,000 dengan seorang penjamin.

Mengaku tidak bersalah?

https://www.facebook.com/JsptKL/posts/pfbid0KjXvpoHfvJM4Y1uTLH4HWwQi4NHUEufnMTW4FXdro3urzSR3DwmQksxCTe6PEx1Hl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA, Facebook Ady Wong & JSPT KL

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd