Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tempat Sempit Kononnya! Pemandu Teksi Ditahan, Raba Anggota Polis Di Medan Selera

Seorang pemandu teksi ditahan selepas didakwa mencabul anggota polis wanita ketika berada di sebuah medan selera di terletak di Lembah Keramat Taman Melawati, Ampang Jaya pagi semalam.

Menurut laporan Harian Metro, suspek yang berusia 58 tahun dikatakan meraba dari belakang ketika mangsa sedang sibuk memilih makanan di medan selera tersebut.

Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek bagaimanapun tidak mengaku dengan mendakwa tempat itu sempit sekali gus beredar dan duduk di meja makan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan situasi terbabit, mangsa yang berusia 31 tahun terus memaklumkan tentang kejadian dialami kepada polis yang datang ke situ sebelum menahan suspek.

Mohamad Farouk berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda 10 tahun penjara atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd