Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Baru Sampai Dari Turkiye Terus Ke Parlimen, Netizen Puji Stamina PM

Baru sahaja sampai dari Turkiye, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sudah berada di parlimen bagi mendengar sesi Penerangan Menteri-Menteri.

Dah ada di parlimen

Beliau yang berangkat ke Turkiye pada Selasa malam telah ke negara yang baru terjadi gempa bumi bagi memberi sokongan serta membawa dana sumbangan kepada negara terbabit dan Syria.

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid02x2sk3sbh5qECD4umVNVsK9cD2BhYcS3GMChb7A6VuUCDxDdiY5PqrkuFSXhA1mDQl

Sampaikan salam penghargaan dari kerajaan Turkiye

Menerusi posting di akaun media sosial rasmi beliau, Anwar sempat menyampaikan ucapan penghargaan Turkiye kepada Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan Parlimen Malaysia diatas salam takziah serta bantuan yang dihulurkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid02HCdo324TUiPqZS1Yk6gGJa1hPUbbQNkXqR9YsAqKGqpJJWeFUAgQJuZw8UMKt7E8l

Stamina dia memang luar biasa

Sudah tentu stamina beliau yang turun sahaja dari pesawat terus menuju ke parlimen membuatkan ramai kagum memandangkan usianya yang sudah mencecah 75 tahun.

Dengan tempoh perjalanan berbelas jam, sudah tentu keletihan boleh menguasai diri lebih-lebih lagi keberadaan di sana hanya sehari sahaja.

Sedang menahan diri…

Menteri yang ikut PM pun dah ada di parlimen

Baru menteri yang sebenar

Dalam pada itu, ketika berada di parlimen pagi tadi Ahli Parlimen Tambun, itu turut mencadangkan supaya petugas SMART yang terlibat dalam misi di Turkiye diberikan pingat serta elaun khas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar beliau lagi, ketika bertemu pasukan SMART di Turkiye, beliau begitu terkesan kerana masing-masing tidak mengeluh apabila ditugaskan ke sana dalam keadaan cuaca yang sejuk serta ancaman bahaya yang tidak terjangka.

Oleh sebab itu, beliau terdorong untuk memberikan penerangan kepada Dewan Rakyat agar semua tahu bahawa pasukan tersebut patut diberikan penghargaan sewajarnya.

Sumber: Twitter, Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd