Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bapa Beri Bayi Makan Air Liur, Terperangkap 202 jam Dalam Runtuhan Bangunan

Seorang bapa dilaporkan terpaksa memberikan bayinya yang berusia enam bulan makan ‘air liur’ akibat isterinya tidak dapat menyusukan anak mereka.

Suami kepada mangsa runtuhan, Muharrem, memberitahu, isterinya gagal berbuat demikian kerana terperangkap di bawah runtuhan bangunan susulan gempa bumi yang berlaku di selatan Turkiye.

“Ketika terperangkap di bawah runtuhan, isteri saya tidak dapat menyusukan bayi lelaki, Muhammet Alparslan berusia enam bulan. Jadi, saya cuba memberinya makan dengan air liur saya,”ujarnya.

Bagaimanapun, Muhammet tidak dapat bertahan lalu menghembuskan nafas terakhir pada hari kelima setelah bapanya memeriksa nadinya.

“Pada hari kelima di bawah runtuhan, Muhammet tidak bermaya lagi dan saya memeriksa nadinya dan mendapati dia sudah meninggal dunia,” ujarnya lagi.

Muharrem menceritakan pengalaman sedih itu kepada Anadolu Agency pada rabu selepas dia dan isteri, Hidayet Polat berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Katanya, mereka tidak makan apa-apa apabila terperangkap selama 202 jam di bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras, selatan Turkiye terbabit sebelum ditarik keluar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami tidak makan apa-apa di bawah runtuhan. Saya hanya menemui ‘Vaseline’ dan makan sebahagiannya, langsung tidak hiraukan ia bahaya atau tidak,” kata Polat.

Ceritanya lagi, mereka turut kehilangan nyawa dua orang anak akibat runtuhan itu.

Dalam pada itu, Polat memberitahu pasukan penyelamat memanggil mereka sehari atau dua hari sebelum berjaya diselamatkan, namun dihalang oleh runtuhan daripada gemba bumi pertama yang membuatkan lantai kediaman mereka tertutup sepenuhnya.

“Selepas gegaran gempa bumi seterusnya, ia (mungkin sudah) terbuka. Saya menyedarinya pada hari ketujuh (terperangkap dalam runtuhan).
“Pada hari sama, saya memanggil isteri dan memberitahu ada sesuatu di sana. Saya menggali tanpa henti dan sehingga air salji (mencair) keluar. Allah mengasihani kami,” ceritanya.

Setakat ini, lebih 35,000 individu terbunuh dan 81,000 lagi cedera dalam dua gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari lalu.

Ia turut menjejaskan beberapa wilayah termasuk utara Syria dengan gegaran gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras, Turkeye.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Anadolu Agency 

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd