Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengeluaran KWSP Sekali Lagi? Rafizi Ramli Anggap Akan Undang Masalah Di Usia Tua

Sekiranya pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan sekali lagi, ia akan menimbulkan masalah kepada pencarum di usia tua.

Menurut laporan BH Online, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia diibaratkan seperti mengambil ‘panadol’ dimana masalah mungkin selesai pada usia 30 hingga 40 tahun, tetapi sebenarnya ia seperti menggali ‘lubang’ pada usia 50, 55 dan 60 tahun.

Rafizi berkata, kerajaan boleh menjadi popular dengan membenarkan pengeluaran KWSP tetapi kesan sampingannya akan menjadi kesan panjang kepada pencarum serta ekonomi negara.

“Itu pendirian kita sekarang. Tanggungjawab kerajaan adalah memastikan bahawa rakyat ada jaringan keselamatan sosial yang baik,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi negara di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung pendirian kerajaan selepas terdapat desakan sesetengah pihak yang mahukan pengeluaran sekali lagi caruman KWSP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pandan itu berpandangan adalah lebih baik kerajaan membangunkan dasar berbentuk makro yang dapat membantu dari segi kenaikan gaji pekerja dan menangani kos sara hidup.

 “Sekiranya ekonomi diurus dengan baik dan sumber kewangan negara dialihkan secara bersasar kepada kumpulan memerlukan, ia boleh mengurangkan beban rakyat,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memalumkan kerajaan sedang mencari langkah lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan KWSP.

Sumber; BH Online (Mahanum Abdul Aziz)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd