Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Bukan Kecemasan, Orang Awam Dinasihatkan Ke Klinik Kesihatan Terlebih Dahulu

Orang awam dinasihatkan untuk mendapat rawatan di klinik kesihatan berhampiran terlebih dahulu bagi kes-kes bukan kecemasan, dan memberi laluan kepada pesakit kritikal yang memerlukan rawatan segera di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya.

Dalam kenyataan hari ini, susulan isu kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya dibangkitkan seorang pengguna Twitter semalam (13 Feb), Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata ia bagi membolehkan isu kesesakan atau jumlah pesakit yang ramai di hospital berkenaan ditangani dengan baik.

Merujuk kepada ciapan di platform Twitter bertarikh 13 Feb itu, beliau berkata pihak Hospital Putrajaya mengambil maklum mengenai isu kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma yang dibangkitkan oleh pemilik akaun tersebut, serta berterima kasih dan berlapang dada menerima pandangan yang dikemukakan.

Dr Nora’i berkata pada 13 Feb, di antara pukul 11 malam hingga 1 pagi, bilangan pesakit di Zon Hijau hospital berkenaan ialah seramai 95 orang, dan jumlah keseluruhan pegawai perubatan yang bertugas ialah 13 orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Petugas lain termasuk jururawat juga bertugas pada kapasiti maksima dan para doktor serta kakitangan bergilir untuk memanggil pesakit, bagi mengelakkan pesakit menunggu lama dan memudahkan doktor mendapatkan maklumat terus daripada pesakit,” katanya.

Mengenai isu kerusi roda tidak mencukupi, Dr Nora’i berkata pihak hospital telah menyediakan 15 kerusi roda bagi pesakit yang memerlukan, dan pesakit atau waris boleh memohon di kaunter triage yang disediakan atau mendapatkan kerusi roda tambahan di kaunter keselamatan di Lobi Utama.

“Pemantauan akan ditingkatkan bagi mengenal pasti kerusi roda yang uzur dan tidak sesuai digunakan orang awam,” katanya.

Mengulas mengenai ruang menunggu yang terhad, Dr Nora’i berkata ruang menunggu ada disediakan berhampiran kawasan kaunter farmasi Jabatan Kecemasan dan di dalam kawasan ruang legar di Lobi Utama.

Pengguna Twitter, Nayli Majid dalam ciapannya membangkitkan beberapa isu berkaitan situasi di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya antaranya kekurangan doktor dan jururawat yang bertugas; jumlah pesakit yang ramai; tidak cukup tempat duduk untuk waris yang menunggu; kekurangan kerusi roda dan kerusi roda rosak.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd