Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sudah Lama Tak ‘Contact’, Song Joongki dan Lee Kwang Soo Dah Putus Kawan?

Persahabatan di antara Song Joong Ki dan juga Lee Kwang Soo sudah diketahui umum dimana mereka merupakan rakan baik sejak daripada rancangan Running Man lagi.

Namun, baru-baru ini tersebar pula khabar angin yang mendakwa bahawa kedua-dua selebriti itu sudah tidak berhubung dan memtuskan hubungan antara mereka.

Mana tidaknya, menurut laporan Kbizoom, umum mengetahui perkara tersebut selepas Song Joongki membuat pendedahan mengenai berita perkahwinan dan kehamilan dengan kekasihnya, Katy Louise.

Apa yang lebih menguatkan lagi dakwaan, dua pelakon tersebut sudah tidak menyokong filem masing-masing dan difahamkan mereka sudah lama tidak muncul dalam program televisyen yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, mereka juga dikatakan sudah tidak lagi berhubung di media sosial seperti dahulu.

Bagaimanapun, sejauh mana kesahihan perkara tersebut masih tidak dapat dipastikan lagi kerana mereka belum memberikan sebarang kenyataan susulan perkara ini.

Sumber: KBizoom

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd