Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tiada Lagi Senyuman, Chef Burak Menangis Rayu Bantu Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye

Chef selebriti kelahiran Turkiye, CZN Burak yang popular menerusi video memasak sambil melemparkan senyuman dilihat menangis teresak-esak susulan tragedi gempa bumi melanda bahagian tenggara negaranya dan sempadan Syria.

Menerusi satu ciapan IlmFeed di laman Twitter, difahamkan chef berusia 29 tahun itu menggesa pengikutnya di serata dunia bagi menghulurkan sumbangan supaya dapat meringankan beban mangsa yang terjejas.

Kalau mampu bantu, bantulah

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Chef Turki, CZN Burak yang popular dengan video masakan cerianya dilihat menangis  apabila merayu orang ramai untuk tampil membantu dalam apa cara sekalipun,” tulis ciapan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet turut sebak melihat kesedihan Chef Burak apatah lagi tidak pernah melihatnya menangis meskipun dilaporkan menghidap sakit tumor otak sebelum ini.

Malah, segelintir individu turut mendoakan semua mangsa terlibat diberikan kekuatan dan pasukan yang membantu juga dipermudahkan urusan di sana.

Chef penuh dengan senyuman, kali ini menangis

Meruntun hati…

Moga dipermudahkan

Sementara itu, menerusi sebuah video dimuat naik di aplikasi TikTok, dia turut melakukan misi bantuan dengan membawa bekalan makanan dan barangan keperluan ke Hatay selain beberapa wilayah lain bersama pasukannya.

Semoga dipermudahkan!

@cznburak

Yolculuk Hatay’a ve sırayla diğer illerimize Tırlarımızı çıkartıyoruz😔🤲

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ orijinal ses – cznburak

Sumber: Twitter IlmFeed, TikTok CZN Burak

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd