Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Paling Menarik! Dua Lipa Akui Kuala Lumpur Bandar Kegemarannya

Penyanyi pop terkenal antarabangsa, Dua Lipa mendedahkan dia sudah melawat ke banyak negara, namun Kuala Lumpur merupakan bandar kegemarannya.

Pengakuan itu dibuat menerusi satu temu bual, Most Requested Live di mana penyanyi berusia 28 tahun itu mengatakan ia sebuah bandar yang unik dan sangat meninggalkan memori terindah di hatinya.

“Saya dah pergi banyak tempat, tapi saya sangat menyukai Kuala Lumpur.
“Saya sempat melawat kuil-kuil yang sangat hebat dan luar biasa. Tempat yang saya lawati itu sangat indah dan amat saya sukai,”ujarnya.

Dalam pada itu, pelatun lagu New Rules itu mengakui Asia sememangnya mempunyai banyak tempat menarik dan memberi pengalaman luar biasa terhadap dirinya.

“Saya rasa setiap kali melawat negara Asia, pengalaman tersebut menjadi yang paling hebat buat diri saya,”ujarnya.

Pun begitu, dia masih mempunyai kesempatan untuk melawat banyak negara di Asia, termasuk Eropah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi saya, setiap negara mempunyai keunikan masing-masing. Sangat berbeza pengalamannya,”ujarnya lagi.

Untuk info, selebriti berdarah kacukan Inggeris dan Albania pernah mengadakan konsert jelajah di Malaysia pada tahun 2018 menerusi Dua Lipa Live in Kuala Lumpur Malaysia.

Video:

Sumber: YouTube (AskAnythingChat)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd