Umum mengetahui kumpulan K-Pop mendunia, BLACKPINK baru sahaja selesai mengadakan konsert jelajah di Thailand beberapa hari lalu.
Dan, salah seorang daripada anggota mereka iaitu Lisa sebenarnya berasal dari negara berkenaan dilihat gembira kerana dapat pulang ke tanah air selain membuat persembahan.
Pun begitu, apa yang menariknya pada kali ini adalah kehadiran keluarga kerabat diraja Thailand yang turut-serta memeriahkan konsert telah membuatkan ramai peminat terkesima dan kagum.
Difahamkan, mereka turut menyediakan tempat khas buat kerabat diraja berkenaan bagi menonton persembahan BLACKPINK yang diadakan di Stadium Nasional Suphachalasai.
@dani.salasalan Found my people 🖤💗 #bornpinkworldtour #bornpinkthailand #bornpinkasia #blackpinkthailand #blackpinkinbangkok #fyp #lalisamanoban #fypkpop #fyp #blink_blackpink
@cora27397_ Thailand royal family 👑 at blackpink concert 🔥#blackpink #thailandpride #blackpinkinyourarea #blackpinktour #blackpinkthailand #lisa
Malah, kakak kepada King Maha Vajiralongkorn iaitu Ubolratana Rajakanya juga berkongsi gambar bersama ‘lightstick’ BLACKPINK di laman Instagram miliknya.
Betul-betul puteri kebanggaan Thailand..
Rata-rata warganet terutama BLINK yang hadir meluahkan rasa bangga dan menyatakan Lisa atau nama sebenarnya Lalalisa Manobal sebenarnya ‘puteri Thailand’ kerana berjaya mendapat perhatian kerabat diraja.
Selain kerabat diraja, barisan selebriti Thailand turut hadir ke konsert berkenaan seperti Tay Tawan, New Thitipoom, Off Jumpol, X Nuttapong, Win Metawin, Dew Jirawat, Primilly, Goy Arachaporn, Nicky Nachat, Boy Pakorn dan ramai lagi.
ให้ตายเถอะ พี่เราไปดู BLACKPINK เเต่กับเจอพี่วินกับพี่ดิวยืนดูอยู่ข้างงงๆๆๆ ขิต!🫠🫠 #winmetawin pic.twitter.com/i0Ei79FDiz
— 𝒩𝑜𝓃𝑔𝐵𝓇𝒾𝑔𝒽𝓉 ดุ๊กดิ๊ก☀️💟 (@lotusprimrata) January 7, 2023
Sumber: TikTok search, @tawan_v, @boy_pakorn, Twitter @lotusprimrata