Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terus Masuk Ke Akaun Peribadi, Cara Pengurusan Wang Sumbangan Uncle Kentang Dipertikai

Baru-baru ini, sukarelawan terkenal, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang telah menjadi perbualan orang ramai apabila dia didakwa kerja-kerja amal dan kebajikan yang dilakukan selama ini hanya mengambil keuntungan semata-mata.

Malah, netizen turut menganggap dia melakukan aktiviti sukarelawan hanya untuk mengambil kesempatan terhadap orang lain dan bukan untuk membantu masyarakat kurang berkemampuan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengkritik cara Uncle Kentang dalam menguruskan dana sumbangan dari orang ramai yang dilihat agak kurang telus sehingga menimbulkan syak wasangka mengenai kejujurannya.

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu @Mr Wan Chai Official, dia membahaskan mengenai pengurusan kutipan wang yang telah dilakukan oleh Uncle Kentang itu dengan mengemukakan beberapa keping gambar pada 13 Julai lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mana pergi baki?

Menurutnya lagi, kos untuk memandikan serta mengkafankan jenazah lelaki dewasa kurang daripada RM100 manakala kos penghantaran dari Klang ke Sungkai tidak sampai RM300, jadi dia mempertikaikan ke mana baki duit RM900 itu dibelanjakan.

Duit sumbangan orang ramai lebih RM4000

Difahamkan, pengiraan yang dilakukan sebelum ini dari resit hantaran oleh pihak lain di ruangan komen mendapati, lebih RM4000 hasil dana telah disumbangkan namun, lebihan dana tersebut tidak dihebahkan kepada orang ramai. Malah, ada hantaran mengenai resit telah dipadam untuk mengelakkan pertikaian berlaku.

Sudah banyak kali dipadam?

Tambahnya lagi, isu hantaran mengenai kutipan dana ini telah dipadamkan berulang kali dan ia telah mencetuskan kemarahan orang ramai yang disifarkan tidak amanah dalam menguruskan wang yang diberikan oleh masyarakat untuk membantu golongan yang memerlukan.

Status Facebook tak akan pernah hilang

Sumber: Facebook (Mr Wan Cai Official)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen Malaysia dan Indonesia ‘berganding bahu’ apabila kedua-dua negara itu bersama-sama kecam rekaan poster yang dihasilkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menerusi beberapa hantaran...

Lokal

Bermula Jumaat tahun depan, pemakaian baju kurung dan baju Melayu teluk belanga bersama Kain Benang Johor oleh penjawat awam sebagai baju kerja akan dilaksanakan....

Politik

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) tanpa rundingan didakwa cetus rasa tak puas...

Nasional

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing telah tampil memberi penjelasaan berhubung permohonan maaf kepada rakyat Jepun dan China adalah berkaitan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd