Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ucap Selamat Tahun Baru, Mark Zuckerberg Gembira Bakal Timang Anak Ketiga Di 2023

Ramai yang membuat recap bersempena hujung tahun 2022 dan awal tahun 2023 hari ini. Kebanyakan selebriti dan public figure terkenal dunia juga tidak ketinggalan memberi ucapan sempena tahun baru masihi yang disambut di seluruh dunia.

Ucap selamat tahun baru

Tidak ketinggalan juga CEO Facebook, Mark Zuckerberg yang berkongsi khabar gembira buat semua pengikutnya apabila memuat naik ucapan selamat tahun baru berserta gambar dengan isteri tercinta,  Priscilla Chan yang kelihatan sedang hamil.

View this post on Instagram

A post shared by Mark Zuckerberg (@zuck)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selamat tahun Baru! Inilah pengembaraan dan cinta yang akan datang pada tahun 2023,” tulisnya ringkas sambil menyertakan gambar memegang perut isterinya dan anaknya yang membantu memakaikan butang baju di kemejanya.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang kebanyakkannya turut mengucapkan selamat tahun baru buat CEO Facebook itu.

Dalam pada masa yang sama, mereka juga mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut kerana bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Mark Zuckerberg (@zuck)

Anak ketiga adalah perempuan

Sekitar September tahun lalu, Mark ada membuat pengumuman bahawa isterinya sedang hamil anak ketiga. Anak mereka, August dan Max akan menerima kehadiran adik perempuan baru tidak lama lagi serta mengatakan yang mereka sangat gembira memberitahu khabar tersebut kepada semua.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Mark Zuckerberg (@zuck)

Untuk rekod, Mark dan Priscillia telah melangsungkan perkahwinan pada  2012 selepas 9 tahun bercinta. Majlis perkahwinan mereka juga cukup ringkas dan undangan diberi secara diam-diam sahaja.

Sumber: Instagram Mark Zuckerberg

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd