Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dituduh Perlekeh Agama Hindu, Penonton Ugut Nak Bakar SRK Hidup2

Bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan telah mencetuskan kemarahan netizen India apabila filem terbaharunya yang bertajuk Pathaan itu dikatakan memperlekeh dan memperendahkan agama Hindu.

Apa yang lebih dasyat lagi, Shah Rukh Khan menerima ugutan akan dibakal hidup-hidup gara-gara menjayakan watak dalam filem tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi laporan India Today, seorang peramal dikenali sebagai Paramhans Acharya Maharaj mendedahkan kepada orang ramai bahawa akan membakar pelakon yang berusia 57 tahun itu hidup-hidup jika berjumpa dengannya secara berhadapan.

“Orang-orang Sanatan Dharma akan terus memprotes dan kami juga telah membakar poster Shah Rukh Khan. Jika saya bertemu dengan dia saya akan bakar dia hidup-hidup.
“Saya akan memberi bantuan kewangan kepada mereka yang membunuh pelakon itu,” katanya.

Difahamkan, mereka membuat bantahan terhadap filem tersebut disebabkan lagu bertajuk Besharam Rang yang menampilkan pelakon Deepika Padukone memakai bikini berwarna kunyit dalam lagu itu.

Namun begitu, walaupun Shah Rukh Khan menerima ugutan yang berbahaya itu, dia tetap berani mempromosikan lakonan filemnya itu di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: India Today (Banbir Singh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd